Selasa, 19 Maret 2013

INGIN SUKSESS ??? ... MULIAKAN ORANG TUAMU


Fitrah kejadian manusia tidak dapat menafikan peningkatan usia dari hari ke hari. Suka atau tidak, kita seharusnya menerima hakikat bahawa setiap yang muda akan menjadi tua apabila sampai masa yang di tetapkan oleh Allah SWT.

Namun, persoalannya bukan usia yang menjadi pertaruhan kita, tetapi amalan dan pengorbanan yang kita lakukan selama ini yang menjadi hasil yang harus dinilai setiap manusia lebih-lebih lagi mereka yang bergelar seorang anak.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu diceraikan beliau menggantikannya sebagai suami dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesama sendiri dengan hasutannya”. (Riwayat Ad Dailami)

Justeru, Islam mendidik umatnya supaya berbakti dan menghormati serta berbuat baik kepada orang tua. Dalam arti kata mentaati mereka, menjaga adab sopan semasa berhadapan dengan mereka, memelihara dan mencurahkan kasih sayang dengan tulus dan ikhlas, tidak sekali-kali mencoba menyakiti hati mereka, baik secara langsung ataupun tidak.

Rasulullah SAW berpesan dan mengingatkan bahawa orang yang tidak menghormati orang tua bukan golongan Muslim sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Bukanlah dari golongan kami, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Riwayat Al-Tabrani).

Hari ini, banyak kasus kedurhakaan zaman moden yang dilakukan oleh generasi muda kepada warga tua. Ada di kalangan orang tua yang diabaikan, dibiarkan hidup melarat, tinggal di jalanan, mengemis dan berbagai penderitaan lainnya.

Malah, pernah terjadi anak membunuh orang tuanya sendiri disebabkan tamak kepada  harta. Ramai golongan tua yang terlantarkan. Pelakuan seperti ini menandakan semakin banyaknya anak yang mengabaikan tanggungjawab dan penghormatan terhadap orang tua mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu diceraikan beliau menggantikannya sebagai suami dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesama sendiri dengan hasutannya”. (Riwayat Ad Dailami)

Apalah gunanya anak berpangkat besar, berjabatan tinggi, memiliki harta banyak sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan dosa disebabkan derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Kita harus sedar bahawa amal soleh yang banyak tidak mencukupi untuk kita mengabaikan tanggungjawab menjaga orang tua.

Pastinya hati mereka hancur dan air mata sedih akan membasahi pipi bila mereka mengenang anak-anak yang dibelai dari kecil , tetapi apabila dewasa dan berjaya, mereka ditinggalkan dan diabaikan.

Ingatlah saudaraku, anak-anakku bahwa ketaatan kepada ibu bapa adalah pintu keredaan Allah SWT di dunia ini.

1 komentar:

Muhan Abdullah mengatakan...

terimakasih atas pembukaan bloggnya, bila boleh numpang dimuatkan ada komentar saya terhadap tulisan dui diapload di website.